Pages

Wednesday, October 24, 2012

ASPEK TATABAHASA

Standard Kandungan :
  • 5.1 - Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
  • 5.2 - Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.
  • 5.3 - Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi.

Standard Pembelajaran :
  • 5.1.1 - Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut konteks.
  • 5.1.2 - Memahami dan menggunakan kata nama am khas hidup manusia dengan betul mengikut konteks.
  • 5.1.3 - Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri ketiga dengan betul mengikut konteks.
  • 5.1.4 - Memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dengan betul mengikut konteks.
  • 5.1.5 - Memahami dan menggunakan kata adjektif pancaindera dengan betul.
  • 5.1.6 - Memahami dan menggunakan kata hubung dengan betul mengikut konteks.
  • 5.1.7 - Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul mengikut konteks.
  • 5.2.1 - Memahami dan menggunakan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dengan betul dalam pelbagai konteks.
  • 5.2.2 - Memahami dan menggunakan kata ganda penuh dengan betul dalam pelbagai konteks.
  • 5.3.1 - Memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat FN+FN, FN+FK, FN+FA dan FN+FSN dengan betul dalam pelbagai konteks.
  • 5.3.2 - Memahami dan membina ayat penyata dengan menggunakan tanda baca yang betul dalam pelbagai konteks.



ASPEK SENI BAHASA

 


 




Standard Kandungan :
  • 4.1 - Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
  • 4.2 - Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.
  • 4.3 - Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
  • 4.4 - Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
Standard Pembelajaran :
  • 4.1.1 - Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.
  • 4.1.2 - Memahami dan menyatakan maksud perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.
  • 4.2.1 - Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat melalui penceritaan secara didik hibur.
  • 4.2.2 - Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat serta menggunakan mimik muka yang sesuai melalui penceritaan secara didik hibur.
  • 4.3.1 - Mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat melalui lakonan spontan secara didik hibur.
  • 4.3.2 - Mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas, diksi yang tepat dan mimik muka yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.
  • 4.4.1 - Melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur.
  • 4.4.2 - Membina pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur.



KEMAHIRAN MENULIS

Standard Kandungan :

  • 3.2 - Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
  • 3.3 - Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul.
  • 3.4 - Menulis imlak dengan tepat.
  • 3.5 - Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber.
  • 3.6 - Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.
  • 3.7 - Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.
  • 3.8 - Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

Standard Pembelajaran :
  •  3.2.4 - Menulis pelbagai perkataan dan frasa yanng mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.
  • 3.2.5 - Menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.
  • 3.2.6 - Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas.
  • 3.2.7 - Menulis secara mekanis abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai.
  • 3.3.1 - Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas.
  • 3.3.2 - Membina dan menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengna betul.
  • 3.3.3 - Membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul berdasarkan soalan.
  • 3.3.4 - Membina dan mennulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.
  • 3.4.1 - Menulis imlak perkataan yang mengandungi kata ganda dengan tepat.
  • 3.4.2 - Menulis imlak frasa dan ayat yang mengandungi kata ganda dengan ejaan dan tanda baca dengan tepat.
  • 3.5.1 - Mencatat maklumat penting dengan betul daripada pelbagai sumber.
  • 3.5.2 - Mencatat maklumat penting yang betul untuk menghubungjaitkan fakta daripada pelbagai sumber.
  • 3.6.1 - Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul menggunakan perkataan, diksi, frasa dan ayat dengan menegaskan kesantunan berbahasa secara berpandu.
  • 3.6.2 - Menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk puisi dengan menegaskan kesantunan berbahasa secara berpandu.
  • 3.7.1 - Menghasilkan penulisan berbentuk naratif secara separa terkawal dengan betul.
  • 3.7.2 - Menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa terkawal dengan betul.
  • 3.8.1 - Mengedit perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca.
  • 3.8.2 - Mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca.
 
 
 

KEMAHIRAN MEMBACA



Standard Kandungan :
  •  2.2 - Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
  • 2.3 - Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  • 2.4 - Membaca dan memahami maklumat yanng tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.
  • 2.5 - Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
  • 2.6 - Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

Standard Pembelajaran :


  • 2.2.1 - Membaca dan memahami perkataan dalam ayat tunggal yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
  • 2.2.2 - Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
  • 2.2.3 - Membaca dan memahami ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
  • 2.3.1 - Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dan berjeda.
  • 2.3.2 - Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.
  • 2.4.1 - Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingna dalam bahan multimedia dengan tepat.
  • 2.4.2 - Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk menyatakan maklumat mengikut urutan yang betul.
  • 2.4.3 - Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada bahan multimedia yang sesuai.
  • 2.5.1 - Membaca dan memahami bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan betul.
  • 2.5.2 - Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan bahan grafik dengan betul.
  • 2.5.3 - Membaca, memahami dan menaakul bahan bukan grafik untuk memindahkan maklumat kepada bentuk grafik serta ayat dengan betul.
  • 2.6.1 - Membaca pelbagai bahan kreatif yanng sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.
  • 2.6.2 - Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan berbentuk didik hibur untuk menambahkan ilmu dan kosa kata.

 
     
 
 
 

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


Standard Kandungan :

    • 1.2 - Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
    • 1.3 - Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.
    • 1.4 - Bertutur , berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
    • 1.5 - Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
    • 1.6 - Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.
    • 1.7 - Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
Standard Pembelajaran :


    • 1.2.6 - Mendengar, memahami, dan menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat.
    • 1.3.1 - Mendengar, memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat perintah jenis larangan dengan betul.
    • 1.3.2 - Mendengar, memahami dam memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.
    • 1.3.3 - Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan dan gerak laku berdasarkan pesanan mengikut urutan dengan betul.
    • 1.4.1 - Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yanng betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
    • 1.4.2 - Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi keluarga bukan kalangan keluarga asas dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
    • 1.4.3 - Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
    • 1.4.4 - Bertutur dan menyatakan permointaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
    • 1.5.1 - Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.
    • 1.5.2 - Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.
    • 1.6.1 - Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
    • 1.6.2 - Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat dan jelas secara bertatasusila.
    • 1.6.3 - Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang mengandunmgi rankai kata yang sesuai secara bertatasusila.
    • 1.7.1 - Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
    • 1.7.2 - Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.



KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

KEMAHIRAN MENDENGAR

  • Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons.

KEMAHIRAN BERTUTUR

  • Kemahiran bertutur pula merujuk pada keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga diberikan pada penggunaan tatabahasa yang betul.

KEMAHIRAN MEMBACA

  • Kemahiran membaca merujuk pada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Di samping itu, murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.

KEMAHIRAN MENULIS

  • Kemahiran menulis merujuk pada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yan betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

Tuesday, October 23, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat Menyambut Hari Raya Korban


(26 Oktober 2012)
Setiap kejayaan yang dikecapi memerlukan pengorbanan.
Setiap pengorbanan memerlukan kesabaran dan ketabahan...