Pages

Wednesday, October 24, 2012

ASPEK SENI BAHASA

 


 




Standard Kandungan :
  • 4.1 - Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
  • 4.2 - Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.
  • 4.3 - Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
  • 4.4 - Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
Standard Pembelajaran :
  • 4.1.1 - Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.
  • 4.1.2 - Memahami dan menyatakan maksud perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.
  • 4.2.1 - Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat melalui penceritaan secara didik hibur.
  • 4.2.2 - Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat serta menggunakan mimik muka yang sesuai melalui penceritaan secara didik hibur.
  • 4.3.1 - Mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat melalui lakonan spontan secara didik hibur.
  • 4.3.2 - Mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas, diksi yang tepat dan mimik muka yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.
  • 4.4.1 - Melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur.
  • 4.4.2 - Membina pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur.



2 comments:

  1. SALAM tahniah Cikgu Suzanna,
    Didik hibur unsur yang baik diterapkan kepada anak didik. Semoga anak didik kita riang,ria dan ceria.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu...
    Kemahiran aspek seni bahasa boleh dijadikan perkongsian ilmu.

    ReplyDelete