Pages

Wednesday, October 24, 2012

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


Standard Kandungan :

    • 1.2 - Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
    • 1.3 - Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.
    • 1.4 - Bertutur , berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
    • 1.5 - Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
    • 1.6 - Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.
    • 1.7 - Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
Standard Pembelajaran :


    • 1.2.6 - Mendengar, memahami, dan menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat.
    • 1.3.1 - Mendengar, memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat perintah jenis larangan dengan betul.
    • 1.3.2 - Mendengar, memahami dam memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.
    • 1.3.3 - Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan dan gerak laku berdasarkan pesanan mengikut urutan dengan betul.
    • 1.4.1 - Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yanng betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
    • 1.4.2 - Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi keluarga bukan kalangan keluarga asas dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
    • 1.4.3 - Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
    • 1.4.4 - Bertutur dan menyatakan permointaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
    • 1.5.1 - Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.
    • 1.5.2 - Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.
    • 1.6.1 - Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
    • 1.6.2 - Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat dan jelas secara bertatasusila.
    • 1.6.3 - Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang mengandunmgi rankai kata yang sesuai secara bertatasusila.
    • 1.7.1 - Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
    • 1.7.2 - Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.



No comments:

Post a Comment